jump to navigation

KESIAPAN [3]: PERJANJIAN YANG KUAT TELAH TERIKRARKAN March 11, 2007

Posted by asmaaputerii in Kekeluargaan.
2 comments

Apakah Anda telah benar-benar siap melangsungkan pernikahan? Kini, Anda telah memiliki calon pendamping hidup yang Anda pilih dengan kesedaran hati, tanpa paksaan. Anda telah memiliki ikatan awal dari proses pernikahan, dalam benruk khitbah atau [inangan. sekarang saatnya Anda menapaki bahagian-bahagian yang amat mendebarkan dlam kehidupan Anda. sesuatu akan segera terjadi, dan mengubah status kehidupan Anda.

Allah Swt menggambarkan ikatan yang terjadi dalam akad nikah adalah sebuah (mitsaqan ghalizha) – perjanjian yang kuat. akad nikah bukanlah sekadar kata-kata yang terucap dari mulut laki-laki, atau sekadar acara formal untuk mengsahkan hubungan suami isteri, atautun adat yang menjadi kebiasaan dalam pernikahan. sama sekali tidak. akad nikah adalah sebuah perjanjian sakral yang ikatannya amat kukuh dan kuat.

akad nikah yang mengikat suami dan isteri dalam sebuah perjanjian syar’ie, di mana perjanjian itu wajib dipenuhi hak-haknya. perjanjian agung yang menyebabkan halalnya kehormatan diri untuk dinikmati pihak lainnya. perjanjian kukuh yang tidak boleh dicederai dengan ucapan dan perbuatan yang menyimpang dari hakikat perjanjian itu sendiri.

Allah Swt berfirman: “Dan jika kamu ingin menggantiakn isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan dusta dan dengan (menanggung) dosa yang besar? Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal sebahagian kamu telah bergaul dengan yang lain sebagai suami isteri? Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat?” (An-Nisaa’ 4:20-21)

Thabari dalam kiatb tafsirnya menukilkan penjelasan Qatadah mengenai ayat di atas, “Perjanjian kuat yang diambilkan Allah untuk para wanita, rujuk kembali dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang bijak, dan perjanjian yang kuat itu terdapat dalam akad kaum Muslimin tatkala melaksanakan akad nikah: Demi Allah kamu harus menjaganya dengan cara yang makruf dan menceraikan (jika menceraikan) dengan cara yang bijak.”

Mujahid menjelaskan perjanjian yang kuat, “Iaitu kalimat nikah untuk menghalalkan (faraj) kemaluan mereka.” Mujahid dan Ikrimah menjelaskan, “Kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan faraj mereka dengan kalimat Allah.” Ath Thabari berkata, “Pendapat yang paling mendekati takwilnya itu ialah pendapat orang yang mengatakan bahawa perjanjian yang dimaksdukan dalam ayat tersebut adalah perjanjian yang diterima oleh wanita dari suaminya pada waktu akad nikah, iaitu janji untuk menjaga dengan cara yang makruf atau menceraikannya – jika menceraikan – dengan cara bijak; yang diikrarkan oleh laki-laki, kerana dengan begitu Allah telah berwasiat kepada kaum laki-laki mengenai isteri-isteri mereka.”

Rasulullah Swt bersabda, “Takutlah kamu sekalian kepada Allah mengenai wanita (isteri) kerana kamu telah mengambil mereka dengan amanat Allah.” (HR Muslim)

Ibnul Qayyim Al-Jauzi berpendapat mengenai akad nikah ini dengan meninjaunya dari segi (ihdad) berkabung tatkala suami meninggal dunia. kata beliau, “Tujuan ihdad atas suami yang meninggal dunia itu adalah untuk mengagungkan akad nikah dan untuk menunjukkan penting dan mulianya akad itu, dan bahawa ia di sisi Allah memilki kedudukan tersendiri. Masa iddah dijadikan haram baginya untuk menikah dengan orang lain, dan ihdad dimaksudkan untuk mengukuhkan, dan menambahkan perhatian terhadapnya, sehingga isteri dijadikan sebagai pihak yang lebih utama untuk melakukan ihdad terhadap suami dibandingkan dengan ayah, anak, saudara dan semua kerabatnya.”

“Inilah,” lanjut Ibnul Qayyim, “di anatra pengagungan dan pemuliaan terhadap akad nukah, serta untuk menegasakan perbezaan akad nikah

KK1: Rukun Iman & Rukun Islam Asas Kejayaan Muslim February 27, 2007

Posted by asmaaputerii in Rukun Iman, Rukun Islam.
1 comment so far

TAKRIF IMAN & ISLAM

TAKRIF IMANIman jika diteliti dari segi bahasa memberikan erti kepercayaan atau tasdiq. Oleh itu, orang yang beriman dikatakan seorang yang percaya. Iman itu merupakan aqidah atau pokok dan di atasnya berdiri syariat Islam.  

Manakala dari segi istilahnya pula boleh dimengertikan melalui sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadits baginda yang menegaskan: 

“Membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lidah dan diamalkan dengan jasad (anggota lahir).”
Dari hadith ini bolehlah difahami bahawa iman ialah membenarkan dengan hati secara putus (jazam), akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah s.a.w. yang sabit secara nas qat’ie, diketahui kedatangannya itu adalah secara darurat (mudah).  

Maka, ulama hadits & fiqh berpendapat dengan tegas bahawa iman adalah ‘tasdiq dengan hati, iqrar dengan lisan dan beramal dengan segala rukun’. 

Oleh itu tanpa tiga syarat yang disebutkan tadi seseorang itu belum dikatakan mempunyai iman yang sempurna. Ketiadaan satu daripada ketiga-tiga syarat tadi bermakna statusnya daripada nama Islam bertukar dan nama lain akan diberikan kepadanya iaitu samada fasik, munafik atau kafir.     

TAKRIF ISLAM 

a) Islam secara lafziyan mempunyai makna:          Menundukkan wajah (Islam al wajhi)“Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai taulan/kesayangan (-Nya)” (An-Nisaa’ 4:125) 

          Berserah diri (Istislam)“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka maupun terpaksa, dan hanya kepadanya mereka dikembalikan.” (Aali ‘Imraan 3:83) 

          Suci, bersih (As-salaamah)“Kecuali orang yang datang ke hadirat Allah dengan hati yang suci (bersih)” (Asy-Syu‘araa’ 26:89)  

          Selamat, sejahtera (As-salaam)“Apabila telah datang kepada engkau orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, maka ucapkanlah kepada mereka ‘salaamun alaikum’ (kesejahteraaan ke atas kamu)” (Al-An‘aam 6:54) 

          Perdamaian (As-salmu)“Maka janganlah kamu lemah dan menyeru kepada perdamaian, sedang kamu orang tertinggi (akan menang), dan Allah berserta kamu (menolong-mu) dan Dia tidak akan mengurangkan (pahala) amalanmu.” (Muhammad 47:35) 

 

b) Di dalam al-Quraan Islam disebut sebagai deen.“Sesungguhnya agama (deen) di sisi Allah ialah Islam” (Aali ‘Imraan 3:19)“Barangsiapa menuntut agama selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya sedangkan ia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Aali ‘Imraan 3:85) 

Abul ‘Ala Maududi di dalam bukunya ‘Prinsip-prinsip Islam’, deen mengandungi erti sistem kehidupan yang menyeluruh termasuk ibadah, kemasyarakatan, politik dan jihad. Islam mencakupi keseluruhan hidup dan Islam secara lengkap menyediakan keperluan manusia untuk mengatur hidup yang mudah difahami yang konsekuensinya bakal mengantar kepada kejayaan muslim. 

Antara perkara asas yang ditegakkan dalam memahami Islam sebagai Deen 

1.       Tunduk (al-khudu’) (24:51)2.       Wahyu Ilahi (53:4, 21:7)3.       Deen para nabi dan Rasul (2:186, 3:84)4.       Ahkam Allah (5:48, 5:50)5.       Sirat al-Mustaqim (6:153)6.       Keselamatan dunia akhirat (Salamatud dunya wal akhirah) (16:97, 2:200, 28:77)

Maka, makna Islam segara integral adalah aqidah, amal soleh dan ketundukan. Islam adalah ad-Deen yang berintikan iman & amal.

DEFINISI AQIDAHPerkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu ‘aqada yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. 

Akidah menurut istilah syara’ pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara’ iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.  

PENDIDIKAN AQIDAHPendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. 

Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah
padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut.
 

Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.  

Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah 

1.      Mengakui keesaan Allah swt Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah. Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud : 

“Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya” (al-Ikhlas 112:1-4) 

Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang keesaan Allah swt. 

2.      Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt 

Pendidikan akidah juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah swt.

 3.      Membentuk keperibadian insan 

Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. 

Ringkasnya pendidikan akidah bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini. Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. 

Tabiat akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alam semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan. Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. 

Itulah hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi asas kepada kekuatan jasmaninya.  Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa. Kita lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul Rahman bin Auf dan Usman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw hasil dari pendidikan akidah yang mantap.  

KONSEP & PRINSIP (RUKUN IMAN & RUKUN ISLAM)

RUKUN ISLAM

Allah maha mengetahui dengan hakikat manusia dan maha mengetahui pula dengan jalan yang ditempuhnya. Oleh itu, setelah diciptakan manusia, diciptakan pula jalan hidupnya iaitu jalan Iman dan Islam demi kesejahteraan dan kebahagiannya.
Bagi menjaminkan manusia ini benar-benar menjadi khalifah di bumi, diwahyukan kepada para Rasul Islam yang akan menjadi cara hidup yang lengkap, untuk diikuti oleh manusia.

Islam itu pula ditetapkan rukun-rukunnya untuk mudah manusia memahami apakah Islam itu dan apa pula tuntutan-tuntutannya.
 


Lima rukun Islam mempunyai konsep dan falsafah yang amat luas. Selagi mampu menganalisa rukun Islam itu maka selama itu rukun-rukun itu mampu memberikan erti, konsep dan falsafah yang sesuai diketengahkan sebagai panduan. 

Rukun Islam & KonsepnyaPerkataan ‘rukun’ jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-kamus Arab, maka ianya bererti: 

a.       Sesuatu yang menguatkan b.       Yang mempertahankannya atau memuliakannya c.       Bahagian yang penting dan terkuat.
Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya.
Ada ibadat, ada mu’amalat, ada munakahat, ada jinayat dan sebagainya. Dalam ibadat itu pula ada bermacam-macam. Syahadah, salat, zakat, puasa, haji, amar makruf, nahi munkar, jihad dan sebagainya.
 

Bahagian yang boleh menguatkan, mempertahankan, memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun Islam. Bahagian inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam konteks ini merupakan suatu konsep tersendiri yang amat luas pengertiannya. la adalah nilai Islam itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama. Dalam konteks solat sebagai contoh, Rasulullah s.a. w .bersabda yang bermaksud:“Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.”
Hadits di atas jelas menyebut sembahyang (solat) tiang agama, yang bererti ianya bahagian penting yang berkait rapat dengan jatuh bangunnya Islam pada seseorang itu. Jika ditinjau dari sudut yang lebih meluas dari konsep yang terkandung dalam rukun Islam, maka dapat diperincikan seperti berikut:-
 

1.       Konsep Islam sebagai bangunan2.       Konsep rukun Islam sebagai sebagai skop amalan3.       Islam yang syumul 

1.       Konsep Islam Sebagai Bangunan 

Islam yang mengandungi rukunnya, telah dijelaskan yang rukun itu sebagai tiang. Diperjelaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah haditsnya yang menggambarkan Islam itu sebagai bangunan. Hadits itu bermaksud: 

“Bandingan saya dengan Nabi-Nabi yang sebelum saya adalah seperti seorang yang membina sebuah bangunan. Semua bahagian dari bangunan itu telah siap, melainkan satu bahagian kecil lagi yang belum siap, Semua orang yang melihat bangunan itu memuji bangunan itu cuma ada kekurangannya. Sayalah (sabda Rasulullah) bahagian yang terakhir yang menyempurnakan bangunan itu. Sayalah Rasul terakhir yang diutus untuk melengkap sempurnakan bangunan itu.”

Hadits itu memberi gambaran (antara lainnya) Islam itu sebagai bangunan. Konsep bangunan dalam konteks ini memberikan suatu gambaran yang lebih luas bahawa Islam itu mempunyai asasnya. Tiangnya, bumbungnya, dindingnya dan sebagainya. Asas adalah aqidah. Tiang adalah rukun Islam. Bumbung adalah pemerintahan Islam. Dinding adalah perlaksanaan undang-undangnya.

 2.       Konsep Rukun Islam Sebagai Skop Amalan

Rukun Islam yang bermula dari syahadah dan berakhir dengan hajj, memberikan suatu gambaran tentang skop Islam yang meluas. Di mana Islam itu tidak terhenti di atas pengakuan dan amalan secara individu sahaja tetapi ianya memerlukan gerak kerja dan tindakan yang meliputi sehingga kepada persoalan negara dan ummah.

 

               i.            MengIslamkan Diri 

Konsep syahadah memberi erti bahawa Islam itu perlu dimulakan dengan diri sendiri. Tunduk patuh kepada titah perintah Allah secara penuh ikhlas. Menyerah diri kepada Yang Maha Esa. Redha kepada semua hukum dan balasan yang diterima dari dunia hingga ke akhirat. Penglslaman diri dalam konsep syahadah ini memerlukan ketegasan hati dan kekuatan azam untuk menjadi hamba Allah yang setia. Ketaatan dan kepatuhan hanya kepada Allah yang diutamakan. Ketika Ali bin Abi Talib r.a. melafazkan kalimah syahadah ini dihadapan Rasulullah s.a.w. dengan bersungguh-sungguh, Rasulullah bertanya (menguji) Ali. 

‘Apakah kamu telah bertanya dan berunding dengan bapamu Abu Talib tentang pengIslaman ini?’ Ali bertanya balik kepada Rasulullah s.a.w.: ‘Ya Rasulullah adakah Allah s.w.t. bertanya Abu Talib ketika saya hendak dijadikan.’ ‘Tidak.’ kata Rasulullah. ‘Kalau demikian,’ kata Ali, ‘mengapa saya perlu bertanya bapa saya (Abu Talib) dalam hal mengucap syahadah untuk berbakti kepada Allah yang menjadikan saya?’
Syahadah tidak melibatkan sesiapa, selain dari diri sendiri. Seseorang itu boleh beriman dengan Allah dan boleh bersyahadah seorang diri dan sah Imannya di sisi Allah. Kerana itu dikaitkan konsep yang terkandung dalam syahadah itu dengan konsep mengIslamkan diri sendiri.
 

             ii.            MengIslamkan Keluarga dan Masyarakat 

Setelah seseorang itu bersyahadah yang dikaitkan dengan konsep mengIslamkan diri, seorang muslim itu perlu mendirikan solat (sembahyang). Konsep sembahyang adalah konsep perhubungan dua hala. Dengan Allah dan dengan manusia. Manusia yang perlu diberi perhatian dahulu adalah keluarga dan kemudian masyarakat. Konsep menjaga diri dan keluarga telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. kepada Muhammad s.a.w. sejak dari zaman permulaan Islam dengan firmannya yang bemaksud:
“Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat”
“Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan ahli-ahli (keluarga) kamu dari api neraka.”
Hubungan salat dengan keluarga dan masyarakat dapat dilihat dari tabiat (nature) sembahyang itu sendiri yang memerlukan pertamanya berguru dan mengadakan persediaan awal untuk bersembahyang seperti pakaian dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sembahyang itu digalakkan berjema’ah dan sebagainya. Semua itu memerlukan perhubungan dengan keluarga dan masyarakat. 

            iii.            Kepimpinan umat IslamJika dilihat dari solat berjema‘ah, jelas kelihatan konsep kepimpinan yang amat diperlukan oleh umat Islam. Imam dalam solat memerlukan seorang yang mampu memimpin makmum. Mempunyai kelebihan dan keistimewaan. Kelakuan dan tutur katanya tidak ada yang canggong dan diragukan.  Apabila imam mengepalai solat, makmum mesti mengikutinya dalam semua gerak gerinya. Tidak ada yang boleh melawan atau membantah, selagi ia tidak menyalahi aturan dan peraturan Ilahi dalam solat. Sekiranya ia menyalahi hukum, makmum wajib mengingatkannya dan memperbetulkan kesalahannya.
Sekiranya Imam enggan memperbetulkan kesalahannya yang jelas ketara dalam solat, seperti meninggalkan rukun, sama ada secara terlupa atau jahil, maka makmum tidak wajib mematuhi atau mengikutnya lagi. Oleh itu Imam baru perlu dicari ganti. Konsep kepimpinan yang ditunjukkan contohnya dalam solat ini memberikan suatu gambaran bahawa dalam Islam pemimpin hanya seorang sahaja. Pemimpin itu pula bukan bebas melakukan apa sahaja dalam kepimpinannya, malah ia hendaklah patuh kepada hukum-hukum Allah s.w.t.

Kewajipan utama pemimpin adalah membawa pengikutnya (makmumnya) kepada keselamatan dan kesejahteraan yang diliputi oleh rahmat Allah s.w.t. seperti dalam solat. Imam memimpin makmum dari Allahu Akhbar menuju kepada salam yang bererti: kesejahteraan ke atas kamu dan kerahmatan dari Allah.
 

 

           iv.            Persaudaraan dan Pengurangan Kemiskinan

Dari rukun Islam yang mewajibkan zakat, terselit dalamnya konsep persaudaraan dan pengurangan kemiskinan yang dianjurkan oleh Islam. Yang kaya bersimpati dengan yang miskin. Yang miskin menyayangi yang kaya kerana kemurahan hatinya, maka terjalinlah suatu ikatan ukhuwwah Islamiah yang amat diperlukan oleh insan kini. Konsep dan falsafah zakat di samping dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Islam, ia juga dapat mendekatkan jurang perbezaan antara yang kaya dan yang miskin. Sistem ini jauh lebih baik dari sistem kapitalis dan sosialis.  

             v.            Jihad dan Penyatuan UmatRukun berpuasa memaparkan persoalan jihad dalam erti kata yang sebenar. Jihad melawan nafsu dan jihad melawan mungkar. Umat Islam awalan dahulu menjadi umat dan dapat memimpin manusia ke jalan Allah, kerana mereka menghayati jihad. Dengan jihad musuh akan gerun dan mudah menyerah kepada kekuatan umat. Apabila jihad sudah ditinggalkan, maka umat Islam pula yang takut kepada musuh dan menurut segala yang diarahkan oleh mereka. 

Dengan berjihad melawan nafsu, perkara-perkara maksiat dapat dijauhi dan perkara-perkara makruf dapat dihayati. Dengan itu jihad melawan musuh dapat digarap dan dilaksanakan dengan sebaiknya. 

Apabila umat Islam sudah menjadi baik, jihad dapat ditingkatkan, maka musuh dapat dikurangkan. Dengannya umat Islam dapat dihindarkan dari perpecahan. Penyatuan pun dapat dihasilkan. Konsep haji antara lainnya adalah konsep penyatuan umat. Konsep ketaatan dan kepatuhan kepada Allah secara mutlak. Semua manusia adalah hamba yang perlu patuh kepada-Nya sahaja.  

 

3.       Islam yang syumul 

Falsafah yang terkandung dalam rukun Islam mengajak manusia menghayati Islam yang syumul sepenuhnya. Islam yang mengajak manusia ke jalan selamat sejahtera dunia hingga akhirat.
Dalam syahadah, menggambarkan konsep kerja hati, mengimani Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. mengingatkan manusia dalam sabdanya yang bermaksud:-
‘Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada suatu seketul daging. Kalau baiklah ketulan itu, maka baiklah semua jasadnya. Kalau rosak ketulan itu, maka rosaklah semuanya. Ketulan tersebut ialah Qalbu.’ 

Konsep syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi sejahtera. Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t. 

Solat mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerak yang dilakukan oleh manusia di dalamnya melainkan dengan menyebut Allahu Akhbar. Dari permulaan solat manusia menyebut Allahu Akhbar hingga kepada akhir solat insan menyebut Allah, seperti yang di dalam salam penghabisan. 

Konsep zakat dan falsafahnya telah dinyatakan oleh Al-Quran yang bermaksud: “Ambillah dari harta-harta mereka (yang kaya) sebagai sedekah (zakat) untuk menyuci dan membersihkan mereka dengannya.”
Konsep zakat adalah konsep penyucian lahir batin manusia. Harta lahir perlu dicucikan. Batin manusia pula perlu dibersihkan.
 

Konsep puasa dan falsafahnya merupakan penerusan dari konsep zakat yang antara lainnya difokuskan kepada penyucian batin manusia dari sifat-sifat yang keji. 

Hajj pada umumnya adalah menggambarkan perjalanan manusia dalam hidup ini yang mesti menuju kepada Allah s.w.t. Dari Allah manusia datang kepada Allah ia pasti kembali.  

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh pekerja haji ada imbasan dan kesamaan dengan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas seorang Islam yang meninggal dunia. Kerana itu konsep haji adalah konsep peringatan dan ingatan kepada manusia tentang distinasi yang sedang ditujunya seperti yang dijelaskan dalam permulaan tulisan ini. 

Dari semua yang tersebut itu lahirlah Islam yang syumul dalam diri manusia. 

RUKUN IMANDalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud:  

“Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan beramal dengan anggota”. (al-Hadis) Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain dari dirinya sendiri dan Allah swt, namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti amalan.  

Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat. Sebaliknya iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-kerja yang sesuai dan secocok dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.  

Firman Allah swt yang bermaksud:  “Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu”.  (al-Hujuraat 49:15) 

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt, bertambahlah iman mereka dan kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan solat, membelanjakan daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya”. (al-Anfal 8:2-4) Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam perkara:  

  • Pertama: Beriman kepada Allah swt.
  • Kedua: Beriman kepada Malaikat.
  • Ketiga: Beriman kepada kitab-kitab.
  • Keempat: Beriman kepada Rasul-Rasul.
  • Kelima: Beriman kepada Hari Kiamat.
  • Keenam: Beriman kepada Qada” dan Qadar.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya.” (al-Baqarah 2:285) Juga sabda Nabi saw yang bermaksud:  “Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik dan buruk”. (Riwayat Muslim) 

KERAGUAN TERHADAP IMAN & RUKUN IMANKeraguan tentang iman dan rukun Islam boleh berlaku melalui empat bentuk sepertimana yang diperjelaskan oleh ulama’ iaitu; 

1.            Jahil; iaitu seseorang yang tidak tahu tentang satu atau banyak perkara mengenai persoalan iman maka ia diistilahkan sebagai seorang yang jahil.2.            Syak; iaitu antara keyakinan dan keraguan yang boleh juga diukur melalui peratusan iaitu antara 50% yakin dan 50% keraguan.3.            Zan; iaitu yang diistilahkan sebagai kuat anggapan juga boleh dinisbahkan kepada 75% keyakinan dan 25% keraguan.4.            Waham; iaitu yang boleh dinisbahkan kepada 25% keyakinan dan 75% keraguan.

Daripada pembahagian kadar keraguan dan keyakinan seperti yang diperjelaskan di atas, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa apabila persolan iman seseorang itu diselami oleh perasaan jahil, syak, zan atau waham bermakna ia belum lagi boleh dikategorikan sebagai seorang yang beriman. Sebaliknya, seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah disertai dengan cahaya keyakinan yang seratus peratus tanpa dicelahi oleh oleh mana-mana satu daripada keempat-empat bentuk keraguan diatas barulah ianya boleh dikatakan seorang yang beriman. Oleh itu, seseorang itu akan tidak akan merasakan kelazatan iman tanpa diresapi oleh sifat-sifat yang tertentu di dalam dirinya iaitu; 

          Tidak ada sesuatu yang yang lebih dicintainya daripada Allah dan juga Rasul-Nya.          Menyintai sesuatu hanya kerana Allah.          Takut berbalik daripada keimanan kepada kekufuran sepertimana ia takut dimasukkan ke dalam api neraka. 

Nikmat keimanan yang dirasai oleh orang yang merasai kelazatan iman akan terpancar melalui amalannya. Maka seseorang yang telah pun merasai kelazatan iman tersebut tidak akan takut untuk menuturkan atau melafazkan perkara yang benar dan juga tidak akan sama sekali berdusta walaupun ketika ia menghadapi saat-saat kesulitan. Selain daripada itu, ia juga menyakini tentang segala ketentuan itu adalah dari Allah yang tidak dapat dihindarkan oleh kita yang bersifat makhluk-Nya. 

PERINGKAT-PERINGKAT IMAN 

Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah iman seseorang boleh dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul. Ada Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para Malaikat. Ada Iman yang kadang-kadang bertambah dan ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan orang mukmin. Terdapat juga jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang yang fasik lagi jahat.  

Iman terbahagi kepada
lima peringkat:

  • Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.
  • Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.
  • Iman A’yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.
  • Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin.
  • Iman Hakikat iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.

HUBUNGAN IMAN DAN ISLAM  

Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang. Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada Allah swt. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu:- (i)      Dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah) (ii)    Melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan) dinamakan Islam. Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya yang bermaksud : “Iman terbahagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi ialah mengucap kalimah “Lailahaillallah” dan yang paling rendah ialah membuang benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan”.  (Riwayat Muslim) Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon, sementara Iman umpama akar pepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat dengan kesuburan pokok pada daun, ranting dan dahannya. 

Dalam menjelaskan tentang hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada rombongan Abdul Qias yang bermaksud: “Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa “. Iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan satu perlima daripada harta rampasan perang”.  (Muttafaqun ‘alaih) 

Hadis di atas menjelaskan betapa adanya hubungan yang erat di antara iman dan Islam di mana Islam itu menjadi salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula dilahirkan melalui Islam secara amali, dengan iqrar syahadah dan melaksanakan hukum syariat dalam segala amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan menunaikan fardhu sedangkan hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu terhadap hukum hakam Allah swt maka seseorang itu dihukum tidak beriman walaupun masih dinamakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah orang-orang Badwi di zaman Rasulullah saw. 

Firman Allah swt yang bermaksud:“Orang Arab berkata: ‘Kami telah beriman.’ Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kamu belum beriman’ (janganlah berkata demikian, sementara Iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja: ‘Kami telah Islam’”. (al-Hujuraat 49:14) 

Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu iman dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat merupakan batang kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya di mana ia menjadi teras keimanan seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita memisahkan pokok dari akarnya. 

SYARAT IMAN & ISLAM (TUNTUTAN IMAN TERHADAP PERLAKSANAAN RUKUN ISLAM)Melalui pendedahan tentang ciri-ciri keimanan yang telah disebutkan dapatlah kita mengetahui tahap mana keimanan yang kita dokongi, adakah ianya seteguh gunung yang tersergam megah atau hanya seteguh istana pasir yang dibina akan musnah dan hancur apabila dipukul ombak. Maka dengan ini, Islam telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu di kategorikan sebagai beriman dan jika tidak memenuhi syarat tersebut maka jadilah ia seperti yang di istilahkan iaitu: 

1-   Seseorang yang mengucapkan lailahaillallah dan yakin dengannya, tetapi tidak beramal atau amalannya tidak sempurna sebagaimana yang dikehendaki, maka golongan ini dinamakan sebagai mukmin yang fasik atau ‘asi (derhaka).2-   Seseorang yang yakin tetapi tidak mahu mengikrarkan kalimah lailahaillallah sama ada dengan beramal ataupun tidak, dikategorikan sebagai seorang yang kafir sepertimana yang berlaku terhadap Abu Jahal dan Abu Lahab. 

3-   Seseorang yang mengucapkan lailahaillallah kemudian beramal dengan tuntutannya tetapi keyakinan dicelahi oleh keraguan adalah di istilahkan sebagai seorang yang munafik sepertimana keimanan Abdullah bin Ubay. 

Lanjutan dari ayat 14 dalam surah al-Hujuraat, ditegaskan pula tentang orang yang beriman yang diperincikan lagi melalui ayat dalam surah yang sama ayat 15:

“Sesungguhnya orang yang sebenarnya beriman, hanyalah orang-orang yang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”. (Al-Hujuraat 49:15) 

Rentetan ayat di atas, keraguan seseorang dalam mengucapkan kalimah syahadah samada maksud kalimah tersebut atau tentang lain-lain rukun iman, haruslah dipelajari maksud dan tuntutannya. Maka dengan sebab itu, ucapan lailahaillallah mestilah dipelajari maksud dan tuntutannya kemudian difahami, diyakini (tanpa ragu-ragu) dan dihayati untuk diamalkan. 

KONSEP IHSAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN IMAN DAN ISLAMIhsan bermaksud bekerja dengan baik dan tekun. Dari segi syara’ bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin dengan ikhlas. Menurut kamus bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-quran menerangkan dengan meluas ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat kebaikan). 

Antaranya firman Allah swt yang bermaksud :“Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”  (al-Isra’ 17:7) 

Kedudukan Ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam konteks melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya. Al-Quran menerangkan bahawa Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah swt telah memberi ni’mat kepada manusia dengan Ihsan-Nya, maka manusia perlu Ihsan dengan ni’mat ini kepada makhluk. Firman allah swt yang bermaksud:“Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt berbuat baik kepadamu (dengan pemberian ni’matNya yang melimpah-limpah.”  (al-Qasas :77) 

Seseorang yang melakukan Ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain dan orang yang menerima Ihsan itu sendiri merasa senang. Kasih sayang kepada pelaku Ihsan akan memberi kebahagiaan jiwa. Mereka yang membuat keburukan tidak akan mendapat ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt telah memberi galakan supaya berbuat Ihsan sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan), serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim.” (al-Nahl :90)  

Al-Quran mengangkat martabat Ihsan dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi jika turut disertakan dengan ikhlas kepada Allah swt dan kedua-dua ini dianggap sebagai sifat yang paling tinggi dan mulia yang patut ada pada diri setiap muslim. Kesimpulannya kalau Iman itu umpama akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula umpama buah yang baik. Demikianlah hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan. 

KESAN AQIDAH ISLAM

Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai kepribadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:  

*        Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah swt.  

*        Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.*        Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu’, ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria’, takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat.*        Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat.*        Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.*        Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.*        Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.*        Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.*        Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.*        Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang sebenar. 

 

Rujukan: 

1. Konsep Dan Falsafah Rukun Islam [Dr. Harun Din, Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi Selangor]

      http://www.angelfire.com/in/elcom98/rukun.htm

2. Modul Usrah

Pembentukan Keluarga Muslim (Baitul Muslim) January 9, 2007

Posted by asmaaputerii in Kekeluargaan.
1 comment so far

1)   Konsep BM (Kekeluargaan Muslim)       

Sayid Qutb dalam menafsirkan firman Allah SWT itu yang bermaksud:“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”      (Surah Rum:21) 

Menurutnya, ada beberapa unsur yang diciptakan Allah disebalik ikatan suami isteri sebagai anugerahNya kepada manusia :1)       Mewujudkan ketenteraman kepada jiwa dan hubungan.2)       Kerehatan kepada jasad dan hati3)       Mengukuhkan (jatidiri) dalam kehidupan4)       Melahirkan kemesraan kepada jiwa dan diri 5)       Ketenangan hidup kepada seseorang lelaki dan wanita[1] 

 

1.1          Konsep Umum Kekeluargaan Muslim;            Sabda Nabi SAW: 

اذا تزوج العبد فقد استكمل نصف الدين فليتق الله فى نصف الباقي  ( رواه الحاكم) “Apabila telah berkahwin seseorang hamba, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian yang lain”[2]  

 

1.2          Kepentingan Dan Peranan; 

1.2.1     Fitrah naluri insan;Sabda Nabi SAW: 

 

ثلاثة حق على الله عونهم: المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف    (رواه الترميذي والبيهقي وأحمد وإبن ماجه)“Tiga golongan yang berhak Allah menolongnya; orang yang berjihad di jalan Allah, hamba yang mukatib (dibenarkan menebus diri oleh tuannya) yang hendak menyempurnakannya, dan seorang yang hendak berkahwin dengan maksud membersihkan diri (dari maksiat)”[3]                1.2.2-   Memelihara kehormatan dan kesucian diri;Nabi SAW juga menjelaskan bahawa perkahwinan juga adalah sebagai saluran mulia fitrah manusia yang ianya mencegahkan dari maksiat golongan pemuda yang sering terdedah kepada pandangan, pergaulan, serta rutin harian yang menggugatkan keimanan. Sabda Nabi SAW; 

 

عن عبد الله قال : قال لنا رسول الله  صلى الله عليه وسلم : يا معشر الشباب من استطاع منكم   الباءة  فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء“Daripada Abdullah katanya: “Telah bersabda Nabi SAW kepada kami”; “Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang berkemampuan (memberikan) (mahar), maka hendaklah dia berkahwin, kerana sesungguhnya ianya (mampu) menundukkan pandangan, dan lebih mulia kepada kemaluan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana ianya adalah penghalang (dari maksiat)”[4] 

 

1.2.3                                                                             Masa depan daulah;Sabda Rasulullah SAW; 

…تزوجوا الولود الودود فاني مكاثر بكم الأمم…

“Hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang subur ( tidak mandul), kerana pada hari Qiamat kelak aku (berbangga melihat kamu) sebagai umat yang paling banyak jumlahnya.”[5] 

 

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:“Selain dari membina individu dan insan yang soleh sebagai batu-bata asasi dalam pembinaan masyarakat Islam, Islam juga mempunyai matlamat untuk membina keluarga yang soleh yang merupakan sel pertama  dan keperluan untuk membina sebuah masyarakat yang soleh”[6] 

 

1.3      Kriteria pemilihan calon Isteri;Menjadi suatu igauan bagi seorang Muslim yang sejati, isteri solehah yang bukan sahaja “sejuk mata memandang”, malah berperanan umpama “sayap kiri”dalam pahit maung mehnah dan ujian di sepanjang jalan dakwah. Jesteru, pemilihan calon bagi tujuan murni ini, telah pun di jelaskan oleh Allah dan RasulNya  yang sewajarnya kita hayati dengan sepenuh hati setiap kriteria tersebut; 

 

1.3.1   Wanita yang beragama[7]; 

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي  صلى الله عليه وسلم  قال :   تنكح  المرأة لأربع لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك       )رواه البخاري)Daripada Abi Hurairah RA dari Nabi SAW katanya; “Dinikahi wanita itu kerana empat (kriteria); Kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana ketururnannya, kerana agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu beruntung”[8] 

Penekanan baginda SAW terhadap kriteria agama ini adalah penting kerana ianya menghimpunkan ciri-ciri berikut; 

 

i-     Sebaik-baik perhiasan dunia[9];Tiada yang lebih bermakna dan berharga dalam hidup seseorang lelaki soleh melainkan isteri yang solehah kerana sifat solehah itu menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Sabda Nabi SAW; 

إنما الدنيا متاع, وليس من متاع الدنيا شيء أفضل من المرءة الصالحة    (رواه إبن ماجة)“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan. Dan tiadalah perhiasan dunia suatu pun yang lebih afdhal daripada seorang perempuan yang solehah”[10] 

 

ii-    Keutamaan yang besar selepas ketaqwaan[11];Di samping itu, sunnah juga menjelaskan bagaimana kedudukan seorang perempuan yang solehah dalam ketaqwaan seorang lelaki. Baginda SAW menjelaskan bahwa; 

 

ما استفاد المؤمن بعد التقوى خيرا له من زوجة صالحة (رواه إبن ماجه) “Tiada yang lebih berfaedah kepada seorang mukmin selepas ketaqwaan yang lebih baik baginya melainkan serang isteri solehah”[12] 

Ini adalah sifat yang ada pada peribadi wanita yang solehah, begitu juga tingkahlakunya yang mulia yang kesemuanya adalah sebahagian daripada sifat murni yang lahir dari kekuatan penghayatan agamanya[13].  

 

iii-   Mampu membantu suami dalam urusan akhirat;Isteri yang teguh dengan agama juga, lazimnya berperanan sebagai pembantu suami dalam urusan dunia dan akhirat. Sifat manusiawi sisuami umpamanya leka dari ibadah dan tanggungjawab, lalai dengan urusan dunia, dipulihkan isteri yang solehah yang berperanan memberi teguran, idea serta pembakar semangat suami dalam menguruskan keluarga selari dengan tuntutan syariat Allah SWT. Sabda Nabi SAW; 

 

ليتخذ أحدكم قلبا شاكرا, ولسانا ذاكرا, وزوجة مؤمنة تعين أحدكم على أمر الأخرة     (رواه إبن ماجة)“Hendaklah semua di kalangan kamu mengambil(memiliki) hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, dan isteri yang solehah yang membantu setiap kamu dalam urusan akhirat”[14]  

1.3.2   Wanita yang mempunyai “kecantikan”[15];Maksud sabda Nabi SAW “…yang memiliki kecantikan..” adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Qurthuby yang menegaskan bahawa itulah antara kriteria yang mendorong seseorang wanita itu dinikahi, tetapi yang lebih diawlakan adalah wanita yang beragama[16]. Begitu juga ulasan Ibn Hajar al-`Asqalani dalam membahaskan hadith ini, katanya; 

“Diambil daripada (hadith tersebut) galakan mengahwini  seorang yang cantik, kecuali jika bertembungnya (dua pilihan) wanita yang cantik yang tidak beragama dengan yang tidak cantik beragama. Adalah baik jika setaraf agamanya, maka yang cantik itu diawlakan”[17] 

 

Sabda Nabi SAW dalam riwayat yang lain; 

 

لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن أي يهلكهن ولا تزوجوهن لاموالهن فعسى اموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة سوداء ذات دين أفضل                            (رواه إبن ماجه)“Janganlah kalian mengahwini wanita itu semata-mata kerana kecantikannya, kelak mungkin kecantikannya itu memusnahkannya, dan jangan juga mengahwini mereka kerana hartanya, kelak mungkin hartanya itu akan mengaburinya, tetapi kahwinilah mereka kerana agamanya dan seorang hamba sahaya yang hitam itu lebih afdhal (sekiranya beragama)”[18] 

 

1.3.3   Wanita yang dara[19]; 

 

عن جابر قال قال لي رسول الله  صلى الله عليه وسلم: هل نكحت يا جابر؟ قلت: نعم قال: ماذا؟ أبكرا أم ثيبا؟  قلت: لا, بل   ثيبا  قال: فهلا جارية تلاعبك؟                                                (رواه البخاري ومسلم)“Daripada Jabir RA Rasulullah SAW telah berkata;”Adakah kamu telah berkahwin?”.Jawabku: “Aku telah pun berkahwin”. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Siapa yang kamu kahwini?Adakah dara atau janda?” jawabku: “Tidak, Aku mengahwini seorang janda”. Maka Nabi SAW bersabda ; “Kenapa tidak dengan jariah (yang dara)? Kamu boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermian-maindenganmu?”[20] 

 

1.3.4   Wanita (subur) yang ramai saudara /anak[21] ;Terbayang indah disebalik kriteria ini, susun atur peranan keluarga dalam membina kekuatan ummah. Keluarga yang solehah dibawah pimpinan sorang suami yang murabbi dan isteri yang bijak mendidik, jesteru dapat membina laluan yang lebih cerah ke arah daulah yang dirindui. Ibarat semain dari seorang petani yang bakal menanti hasil tuaiannya, dan pelaburan dunia yang bakal dinikmati keuntungannya di akhirat sabda Nabi SAW; 

 

عن معقل بن يسار قال: جاء رجل الى النبي صلى الله عليه وسلم:فقال: إني أصبت إمرءة ذات جمال وحسب وإنها لا تولد, أفأتزوجها؟ قال: لا. ثم أتاه الثانية فنهاه. ثم أتاه الثالثة, فقال: تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم.     (رواه أبو داود)Daripada Ma’qal bin Yaasar katanya; “Datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu dia berkata “Sesungguhnya aku bertemu dengan seorang perempuan yang mempunyai kecantikan dan berketurunan dan dia tidak beranak. Bolehkah aku megahwininya?” Jawab Rasulullah; “Tidak”. Kemudian dia datang buat kali yang keduanya, lalu dilarangnya (oleh Nabi), kemudian dia datang lagi untuk kali yang ketiga, lalu (Nabi bersabda) ; “Kahwinilah (wanita) yang subur (ramai anak), kerana sesungguhnya aku (berbangga)  dengan banyaknya umat”[22] 

 

1.3.5   Wanita dari keturunan yang baik[23]:Kriteri ini juga dipetik dari hadith baginda SAW yang bermaksud “Dinikahi wanita itu…kerana keturunannya..” yang menurut Ibn al-Athir membawa makna kemuliaan sibapa (keturunan) dan unsur-unsur yang dipandang manusia sebagai “kemegahan”[24] di samping pandangan lain yang mengatakan ianya membawa makna “kelakuan yang baik[25]. Ini Jelas menunjukkan bahawa kriteria ini penting kerana keadaan keluarga si calon itu juga mempengaruhi peribadi perwatakan serta akhlak yang ada pada wanita tersebut.  

 

1.3.6   Wanita yang pengasih terhadap anak-anak & menjaga maruah keluarga/suami[26];Isteri yang solehah juga ceria dengan sifat “keibuan” yang menjelaskan semua maksud ciri di atas. Sifat lemah-lembut dengan belaian terhadap suami dan didikan terhadap anak-anak, serta amanah dengan segala maruah keluarga. Inilah matlamat jangka panjang generasi tarbawi yang berada pada tanggungjawab ibu yang bijak mengurus anak-anak dan keluarga di samping menatang dengan penuh amanah maruah diri dan keluarga. Sabda Nabi SAW; 

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: خير النساء ركبن الأبل صالح النساء قريش: أحناه علي ولده في صغره, وأرعاه علي زوج في ذات يده.                                                   (رواه أحمد)Daripada Abi Hurairah RA katanya; Sabda Rasulullah SAW; “Sebaik-baik wanita ialah yang menunggang unta, yang paling saleh (dari) wanita Quraisy: Yang pengasih terhadap anak-anaknya yang kecil, dan yang paling (peka) menjaga suaminya dengan tangannya.”[27]                                                                                                1.3.7   Wanita yang bukan dari keluarga terdekat[28];Di antara hikmah perkahwinan ialah mengembangkan institusi kekeluargaan[29] dan rangkaian ikatan ukhuwwah. Jesteru Islam menggalakkan ikatan perkahwinan yang jauh dari saudara keluarga terdekat dengan sebuah riwayat yang di sandarkan kepada Nabi SAW;  

 

لا تنكحوا القرابة , فإن الولد يخلق ضاويا-أي نحيفا“Jangan kamu semua mengahwini keluarga terdekat. Kerana sesungguhnya anak (yang bakal dilahirkan) lemah aqal”[30] 

 

Walaupun kedudukan hadith ini dipertikaikan, namun kebanyakan para ulama tetap cenderung kepada perkahwinan dengan keluarga yang jauh oleh sebab objektif percambahan ikatan ukhuwah yang lebih besar disebalik pernikahan tersebut. Imam Syafi`ie umpamanya berkomentar bahawa Islam menggalakkan pernikahan bukan dari keluarga terdekat, manakala al-Zanjani menghuraikannya dengan menekankan peranan ikatan kekeluargaan ini yang meluaskan ikatan sosial Muslim[31] kecuali beberapa keadaan lain yang lebih perlu diawlakan umpamanya kriteria agama, akhlak dan yang seumpamanya. 

 

1.3.8   Sekufu (setaraf);Yang dimaksudkan dengan “al-Kafa`ah” ialah kesamaarataan keadaan lelaki dengan wanita dalam beberapa perkara[32] yang kebanyakannya telah disebutkan sebelum daripada ini, antaranya; 

i-        Agama dan akhlak; tidak dikira sekufu seorang yang fasiq dengan pasangannya seorang yang mulia dengan agamanya[33].Firman Allah yang bermaksud; “Apakah sama seorang yang mukmin dengan seorang yang fasiq? Sekali-kali tidak akan sama”  (Surah al-Sajdah; 18) 

ii-    Keilmuan; tidak dikira sekufu jika seorang `alim, faqih dengan seorang yang jahil. 

iii  Selamat daripada keaiban yang membolehkan nikahnya difasakh seperti gila, berpenyakit kusta,sopak[34],penagih dadah dan seumpamanya. 

iv-    Kehormatan, pangkat dan kedudukan keluarga dan kesenangan harta[35]. 

 

1.3.9   Calon yang sefikrah;Sebagai pendokong gerakan Islam, kriteria ini adalah sebagai ciri pelengkap kepada matlamat harakah Islamiyah. Ciri ini semestinya menghimpunkan kesemua kriteria yang sebelum ini memandangkan pembentukan Fard al-Muslim dalam Jamaah sudah dikira ampuh bagi membina jatidiri abna’ al-Haraki. Berbekalkan segala sisitem tarbiyah yang telah dilalui, pemilihan calon yang mengambilkira kriteria ini adalah sebagai kesinambungan bagi mencapai matlamat Mujtama’ Muslim sebagaimana yang termaklum dari teori pembinaan Dawlah Islamiyah.  Tegasnya, keperibadian seorang Muslimah sejati, menjadi kebanggaan suami dan anugerah paling berharga baginya dunia dan akhirat. Sabda Nabi SAW: 

 

عن إبن عباس : الا أخبركم ا ن ينكز المرء؟: المرءة الصالحة. إذا نظر اليها سرته, وإذا غاب عنها حفظه, وإذا أمرها أطاعته.(رواه أبو داود والطبراني )Daripada Ibn .`Abbas RA, sabda Nbai SAW; “Mahukah kalian aku khabarkan sesuatu yang menjadi perhiasan paling bermakna bagi seorang lelaki? Wanita (isteri) yang solehah. Apabila kamu memandangnya, kamu tenang dengannya, dan apabila kamu tiada dari sisinya, dia menjaga (maruah dan amanah) nya, apabila kamu menyuruhnya, dia taat dengannya”[36]                                                 

 

2)      Adab-adab Mu‘amalah/Ikhtilat Lelaki & Perempuan 

2.1      Konsep ikhtilath/mu’amalah;“Ikhtilath secara ringkasnya menurut al-Qaradawi merujuk kepada; “percampuran antara lelaki dan perempuan dalam apa jua aktiviti samaada yang bersifat keagamaan mahupun kedunian[37] atau menurut Sheikh Muhammad `Uqlah dengan makna; “pertemuan antara dua individu atau lebih dari yang berlainan jantina dengan tiada perantaraan mahram di rumah atau selainnya, kerana urusan keperluan yang syar`ie, yang dengan pertemuan ini berlakunya percakapan, pergaulan dan yang seumpamanya dari sudut komunikasi tanpa apa-apa yang mendorong keraguan atau kebinasaan”[38] . 

 

Walaupun secara asasnya ia adalah haram[39], tetapi tidak secara mutlak bahkan diharuskan apabila diketahui sebab dan alasannya serta ciri-cirinya[40]. Ringkasnya, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi beberapa keadaan yang dibolehkan bahkan wajar untuk lelaki dan wanita berikhtilath dengan memelihara adab-adab dan akhlak-akhlak Islam. Antaranya; 

 

2.1.1   Situasi Ibadah;Ternyata di dalam sunnah bahawa wanita zaman Rasulullah SAW juga mengambil tempat mereka dalam aktiviti ibadah terutamanya di masjid Rasulullah SAW. Dengan kebijkasanaan Rasulullah mengkhususkan saf terakhir kepada kaum wanita, mengasingkan tempat keluar masuk antara lelaki dan wanita (Bab al-Nisa‘). Mereka juga turut sama-sama menunaikan solat jumaat dan mendengar khutbah sehingga ada di kalangan mereka yang [41]menghafaz surah Qaf kerana sering mendengarnya ketika khutbah Rasulullah SAW[42]. Disamping itu, para wanita yang terdiri dari gadis, orang tua, yang suci atau haidh juga pernah dihimpunkan dalam suasana yang aman dari fitnah ketika solat `Aidain[43]. 

Berdasarkan Hadith Solat Sunnat `Aid ini, Imam al-Shawkani menjelaskan;“Hadith ini menunjukkan digalakkan (memberi) nasihat, peringatan di dalam khutbah `Aid kepada para wanita dan juga galakkan nasihat, peringatan, serta dorongan untuk bersedekah sekiranya tiada pada situasi itu kerosakan (moral) dan fitnah kepada yang memberi dan menerima nasihat itu atau individu lain. Ia juga menunjukkan menunjukkan pengasingan antara majlis (kedudukan) para wanita jika mereka menghadiri khalayak lelaki kerana ikhtilath (percampuran) itu kemungkinan menyebabkan fitnah yang timbul dari pandangan atau selainnya” [44] 

 

2.1.2   Situasi pembelajaran;Al-Sunnah juga menceritakan bagaimana keterlibatan golongan wanita dalam majis-majlis ilmu Rasulullah SAW yang juga ada golongan lelaki bahkan golongan wanita Ansar pernah dipuji oleh `Aisyah RA kerana tidak segan silu bertanyakan Rasulullah SAW berkenaan permasalahan janabah, mimpi, hadas, istihadah dan selainnya[45] sehinggakan mereka pernah meminta dikhususkan hari tertentu untuk mereka mempelajarinya daripada Rasulullah SAW[46]. 

 

2.1.3   Situasi Jihad @ Tujuan (darurat);Aktiviti jihad juga dibuktikan daripada sirah yang memperlihatkan wujud percampuran para Ummahat al-mukminin dengan golongan lelaki misalnya `Aisyah, Ummu Sulaym[47] dan Ummu `Athiyah[48] yang merawat tentera Islam yang tercedera di dalam beberapa peperangan. Tidak kurang juga yang sanggup menyertai ekspidisi penaklukan di zaman Saidina Uthman iaitu Ummu Haram RA bersama suaminya `Ubadah Binti Samit ke Qubrus (Siprus) bagi tujuan dakwah[49]. 

 

2.1.4   Situasi Pekerjaan/khidmat sosial;Sheikh Al-Qaradawi juga memetik keunikan kisah anak-anak gadis Nabi Syu`aib A.S[50], Maryam dan Zakaria A.S di mihrab[51], serta kepimpinan Ratu Balqis[52] sebagai panduan asas kepada keharusan wanita di alam pekerjaan atau perkhidmatan sosial dengan beberapa syarat; 

i       Bukan dari pekerjaan yang diharamkan atau yang membawa kepada haram; seperti setiausaha atau pembantu kepada bukan mahram yang belum berkahwin yang kemudian berdua-duaan dengannya, pekerjaan yang mensyaratkan pakaian seragam yang tidak syar`ie, pekerjaan yang melibatkan arak, pekerjaan yang memaksanya bepergian jauh dan terasing  yang tidak terjamin tanpa mahram dan lain-lain yang seumpamanya. 

ii     Hendaklah wanita Muslimah tetap beradab dengan adab Islam apabila keluar dari rumahnya seperti adab berpakaian[53], berbicara & berinteraksi[54], dan keterampilannya[55].   

iii    Hendaklah pekerjaannya itu tidak mengorbankan kewajipannya yang lain yang boleh ditinggalkan seperti kewajipan terhadap suami dan anak-anak yang paling asasi[56]. 

 

2.1.5   Situasi Kerja-Kerja Dakwah (Jamaah);Situasi inilah yang mungkin menjadi antara persoalan pokok terutamanya bagi pendokong gerakan Islam Kampus bagi memastikan setiap gerak kerja kita berada pada landasan akhlak Islam yang terpuji sekaligus menjamin keberkatan hubungan ukhuwah yang suci. Imam al-Syahid Hasan al-Banna menjelaskan; 

“Pakaian yang menutup badan adalah salah satu daripada adab Islam,Mengharamkan khalwat adalah salah satu hukum Islam,Mengelak pandangan adalah antara yang diwajibkan oleh Islam,Memerintah wanita supaya menetap di rumah walaupun untuk sembahyang adalah sebahagian dari syiar Islam,Mengharamkan percakapan dan penampilan yang menggoda termasuk segala bentuk hiasan terutama ketika keluar rumah menjadi sebahagian batas yang ditetapkan oleh Islam.”[57] 

Tidak dinafikan gaya suara, gerak geri (body language), pandangan mata (eye-contact) mempunyai peranan utama dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi maya seperti handset, e-mail, chatting dan yang seumpamanya. Tegasnya, matlamat tidak mengharuskan cara. Oleh sebab cara itulah yang menggambarkan bagaimana kehalusan Islam menentukan akhlaknya. Jesteru, garis panduan asas ini menjadi kewajipan untuk kita hayati: 

 

i)        Menjaga pandangan;Firman Allah Taala yang bermaksud; “Katakanlah kepada wanita-wanita mukmin, tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.(31) Dan Katakanlah juga kepada lelaki-lelaki mukmin tundukkanlah pandangan mereka…” (Surah al-Nur; 31)                Betapa indah Islam mendidik jiwa manusia. Menjaga pandangan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan atau dalam ertikata yang lain, tidak memandang dengan pandangan yang mencetuskan keasyikan kepada seseorang lelaki atau pun wanita yang akhirnya menggugat kekuatan jiwanya. Nabi SAW juga pernah menegur Saidina `Ali KWH berhubung situasi ini, sabdanya; 

يا عالي, لا تتبع النظرة النظرة. فإن لك الأولي وليس لك الأخرة   (رواه  الحاكم الترميذي أبو داود البيهقي أحمد)“Hai Ali, janganlah engkau menyusuli pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan bukanlah bagimu yang kedua.”[58]Begitu juga Nabi SAW pernah mengingatkan tentang bahaya pandangan liar yang boleh mencetuskan gelokdak nafsu antara lelaki dan perempuan. Baginda menjelaskan; 

 

النظرة سهم مسموم من سهام إبليس , من تركها مخافتي ابدلته  إيمانا يبد حلاوته في قلبه   (رواه الطبراني والحاكم)“Pandangan adalah anak panah beracun dari anak-anak panah Iblis, sesiapa yang menjauhinya kerana takutkan Aku maka Aku akan gantikannya dengan keimanan yang terasa kemanisannya di dalam hati”[59]                                                ii)    Memelihara `aurat;Firman Allah SWT; “…dan hendaklah mereka memelihara kemaluan mereka dan tidak menampakkan  perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung mereka ke dada, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau kepada anak-anak mereka atau bapa-bapa mereka atau saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka, atau saudara perempuan mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam atau (hamba & orang suruhan) mereka atau pelayan-pelayan daripada lelaki atau kanak-kanak yang tidak mempunyai keinginan terhadap `aurat wanita…”  (Surah al-Nur; 31) 

 

Imam al-Qurtubi menjelaskan maksud firman Allah pada ungkapan; “…melepaskan kain tudung mereka ke dada..” bahawa ia menunjukkan hijab yang labuh yang melitupi belahan kolar pakaian dan kesemuanya menutupi dada leher serta telinganya[60].  

Firman Allah lagi yang bermaksud; “Wahai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak perempuan kamu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan-perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani” (Surah al-Ahzab;59) 

 

Penghayatan yang tepat kepada maksud firman Allah “..melabuhkan pakaiannya..” di sini adalah sebagaimana tafsiran para mufassir yang antara lainnya:Imam Ibn. Kathir yang meriwayatkan tafsiran ungkapan tersebut daripada ‘Ikrimah yang bermaksud ; “..menutupi pangkal dadanya dengan pakaiannya yang  melitupi muka dan kepalanya..”[61]Begitu juga tafsiran Muhammad Ibn Sirien[62], Ibn `Abbas dan Qatadah yang juga memberikan penekanan terhadap hijab kepala yang labuh yang melepasi bahagian dada para muslimah[63]. Sebagai kesimpulannya, hijab yang paling sempurna ialah yang meliputi seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, serta hijab kepala yang melitupi serta labuh melepasi dada. Demikianlah akhlak Islam terhadap etika berpakaian Muslimah agar tidak menimbulkan fitnah sekaligus memelihara kehormatan kaum Hawa.  

 

iii)   Bersuara dengan
gaya dan intonasi yang formal atau yang sepatutnya;
Suara adalah antara perhiasan yang cukup indah bagi seorang wanita. Dengan niat memelihara kemuliaan Islam, menjauhkan fitnah, dan memelihara keimanan sesama mukmin, firman Allah yang mulia ini wajar kita perhatikan; “..maka janganlah kamu tundukkan (lunakkan) suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah mereka yang ada di dalam hatinya “penyakit” , dan ucaplah (kata-katamu) dengan ucapan yang baik” (Surah al-Ahzab; Ayat 32) 

 

Para ulama mufassir memberikan ulasan mereka tentang maksud; “.. tundukkan suara..” 

Ibn Kathir; melunakkan suara apabila berbicara dengan lelaki[64]al-Qurtubi; Jangan dilembutkan (yang menggoda) suara[65]Sayid Qutb; Menundukkan suara dengan lunak yang memberi kesan terhadap syahwat lelaki dan menggerakkan keinginan mereka[66]. 

Samaada berbicara secara 4 mata, atau melalui alat-alat komunikasi yang lain, kita dituntut -khususnya Muslimah- memelihara kemuliaan diri dengan memelihara gaya bercakapan, perbualan yang menjauhi unsur-unsur yang boleh “menggusarkan” hati seorang lelaki umpamanya pertuturan yang bermanja-manja, merengek mesra yang hanya layak bagi suami isteri, bergurau senda yang melampau batas syar`ie dan yang seumpamanya yang jauh dari akhlak Islam.  Memadai dengan komunikasi dan interaksi formal yang dikira perlu tanpa intonasi dan “suara manja” yang tiada tujuan lain melainkan meraih perhatian manusia yang sudah rosak jiwa dan hatinya. 

iv)    Mengawal gerak geri agar berpandanan dengan tujuan;Firman Allah SWT; “..dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya (kehormatan dirinya)..” (Surah al-Nur; 31)                                                                      

Selain menyempurnakan hijab, Islam juga menitik beratkan persoalan mendidik diri dengan mengawal gerak-geri, tingkahlaku serta perbuatan yang boleh mendorong ke arah maksiat.Firman Allah di dalam ayat di atas; “..dan memelihara kemaluannya..”  

Di tafsir indah oleh para mufassir yang antara lainnya;i-         Sa`id bin Jubayr yang berpandangan ; “memelihara dari perbuatan keji”[67],ii-        Qatadah pula menegaskan; “memelihara dari apa yang tidak di halalkan kepada mereka (para wanita)”[68]iii-       Maqatil dan Abu al-`Aliyah pula berkomentar bahawa pemeliharan yang dimaksudkan ialah daripada zina[69].  

Jelas secara kesimpulannya, maksud ayat tersebut adalah agar para Muslimah memelihara diri mereka dari melakukan perbuatan, tingkahlaku, sikap serta perwatakan yang membuka ruang fitnah, dosa, kerosakan akhlak yang akhirnya boleh mencampakkan ke lembah unsur-unsur maksiat.Sabda Nabi SAW ini sebagai peneguh kepada arahan Allah itu; 

 

صنفان من أهل النار لم أرى هما :قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس, ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات, ورؤوسهن كأسنمة البخة المائلة, لايدخلون الجنة ولا يجدن ريحها. وإن ريحها ليوجدن من مسيرة كذا وكذا. (رواه مسلم و أحمد ومالك)“Dua golongan dari ahli neraka, sekali-kali tidak aku akan memandang mereka; Suatu kaum yang bersama mereka cemeti umpama ekor lembu, mereka memukul manusia-manusia dengannya. Dan para wanita yang berpakaian tetapi (seolah-olah ) telanjang, yang (berjalan) melenggang-lenggok (penuh menggoda) dan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mencium harumannya sedangkan harumannya dapat di hidu dari jarak sekian dan sekian “[70] 

 

v)     Menjauhi khalwah (bersunyian) antara Muslimin dan Muslimat;Berdua-duan antara lelaki dan perempuan adalah antara perkara yang terlarang yang thabit dan jelas dari al-Sunnah. Sabda Nabi SAW; 

 

إياك والخلوة بالنساء, والذي نفسي بيده ما خلا رجل بإمرئة إلا دخل الشيطان بينهمنا, وللأن يزحم رجل خنزيرا متلطخا بطين أو حمأة خير له من أن يزحم منكبيه منكب امرأة لا تحل لهBerjaga-jagalah kamu (jangan) bersendirian dengan perempuan, demi tuhan yang nyawaku di tanganNya, tidaklah berkhulwah seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan akan masuk di antara keduanya, dan seandainya seorang lelaki besesak-sesak dengan babi yang penuh berlumpur atau tanah adalah lebih baik dari begesel-gesel antara bahunya dengan bahu perempuan yang tidak halal baginya”[71] 

 

Juga sabda Nabi SAW; 

لا يخولن أحدكم بإمرءة لا تحل له, فإن ثالثها الشيطان إلا محرم    (رواه بخاري مسلم وأحمد)“Janganlah seorang lelaki dikalangan kamu berkhalwat (bersunyian) dengan seorang perempuan kecuali dengan (adanya) Mahram” [72] 

 

Larangan yang jelas oleh baginda SAW yang sudah termaklum pengharamannya[73] akibat keburukannya, serta kehinaan yang digambarkan di dalam hadith tersebut oleh sebab fitnah disebalik perbuatan itu di samping menggambarkan bagaimana halus dan murninya akhlak Islam dalam persoalan ini. Walaubagaimana pun dalam beberapa situasi, Islam tetap menampakkan keunggulan fleksibeliti syariatnnya, dengan mengharuskan pertemuan antara dua lelaki dan perempuan yang anjnabi dengan syarat yang tertentu; 

a)         Wajib ditemani mahram[74] atau individu yang thiqah:Jelas dalam sabda Nabi SAW di atas melarang berkhulwah antara pasangan yang bukan mahram kecuali dengan ada mahram si wanita seperti ibu bapa atau saudaranya yang berperanan memberi teguran atau nasihat kepada kedua-duanya. Begitu juga, dalam situasi gerak kerja dakwah, ianya diharuskan dengan adanya seorang perempuan yang thiqah (dipercayai agamanya) menggantikan peranan mahram perempuan tersebut[75]. 

b)         Tujuan yang baik;Tujuan pertemuan juga adalah disyaratkan bagi tujuan yang baik dan murni, bukan untuk bersuka-suka atau hanya berbual kosong yang tidak memberikan apa-apa manfaat. Umpamanya perbincangan untuk tujuan kerja-kerja dakwah, pembelajaran dan seumpamanya.  

c)         Suasana yang aman daripada fitnah;Pertemuan yang mengambilkira situasi tempat dan keadaan juga penting kerana ianya sebahagian dari akhlak Islam bagi tujuan mengelak berlakunya fitnah dan tohmahan buruk khalayak. Mengelakkan dari tempat-tempat yang sunyi atau yang boleh menimbulkan syak dan keraguan khalayak adalah perlu diaplikasikan dalam gerak kerja. 

d)             Persepsi khalayak (orang ketiga);Akhlak Islam terlalu murni dan indah. Disamping menangkis jauh unsur-unsur yang boleh menimbulkan fitnah kepada mana-mana individu, etika moral Islam juga mengambilkira persepsi “orang ketiga” atau khalayak yang memerhati. Peristiwa yang berlaku terhadap Isteri Rasulullah SAW, Maimunah dan Ummu Salamah RA ini wajar di amati; 

 

عن أم سلمة رضى الله عنها قالت: كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وعنه ميمونة, فأقبل إبن أم مكتوم, وذلك بع أن أمرنا بالحجاب فقال: النبي صلى الله عليه وسلم: إحتجبا منه. فقلنا: يا رسول الله أليس هو أعمى؟ لا يبصرنا ولا يعرفنا؟ فقال البي صلى الله عليه وسلم: أفعميوان أنتما؟ ألستما تبصرانه؟        (قال الترمذي:حديث حسن صحيح)Daripada Ummu Salamah R.A katanya: “Pernah aku bersama Rasulullah S.A.W dan disisinya juga ada Maimunah, kemudian datanglah Abdullah Ibn Ummi Maktum,-Dan peristiwa tersebut          adalah selepas kami diperintahkan dengan hijab-, Maka Rasulullah S.A.W bersabda; (Kamu berdua) hijabkan diri darinya (Abdullah). Lalu kami pun berkata; “Wahai Rasulullah, tidakkah dia ini buta? Dia tidak mampu melihat kami dan tidak pula mengenali kami?”.Maka Nabi S.A.W menjawab; “Adakah kamu berdua buta? Bukankah kamu berdua mampu melihatnya?”[76] 

 

Jelas dalam hadith ini mengisahkan bagaimana akhlak yang cuba ditunjukkan oleh baginda SAW kepada Ummu al-Mukminin Ummu Salamah Dan Maimunah RA. Kehadiran Abdullah bin Ummi Maktum yang buta ke rumah Rasulullah SAW yang pada ketika itu kedua-dua ummu al-Mukminin dalam keadaan yang tidak sempurna hijab mereka. Lalu Rasulullah SAW tetap mengarahkan mereka berdua agar menghijabkan diri mereka dari Abdullah Ibn Ummi Maktum RA walaupun dia seorang yang buta dengan mengambilkira kemungkinan fitnah dari individu lain jika melihat para ummu al-Mukminin yang tidak menyempurnakan hijab mereka walhal ajnabi yang ada pada ketika itu adalah seorang yang buta. Situasi ini menjelaskan beberapa adab yang cukup mulia; 

i-         Hijab adalah lambang kehormatan Muslimah yang wajib selama mana berinteraksi dengan individu yang bukan mahram.ii-        Penilaian “aman dari fitnah”  juga perlu mengambilkira pandangan dan persepsi khalayak (individu ketiga), bukan sahaja dengan individu yang kedua.iii-       Mendidik umat Islam berfikiran dan berpandangan jauh dalam permasalahan kaedah bermu`amalah / berinteraksi yang selamat dari fitnah dan persepsi buruk khalayak. 

Demikian Islam mendidik umatnya dalam kehalusan akhlak, membina kemuliaan sesebuah masyarakat yang harmoni dan jauh dari fitnah sesama manusia.Sabda Nabi SAW Ertinya; Daripada Usamah bin Zaid katanya; “Nabi SAW bersabda; “Tidak  aku tinggalkan fitnah yang ebih besar selepasku yang lebih memudaratkan seorang lelaki melainkan peremuan”[77] 

Daripada hadith yang mulia ini, Ibn Hajar al-`Aqalani menjelaskan; “Sesungguhnya fitnah yang membabitkan wanita adalah yang paling berbahaya daripada fitnah yang selainnya, dan di sokong oleh firman (Allah ) SWT; “Dihiaskan bagi manusia itu, suka (tertarik) kepada kaum wanita…”[78] 

Tegasnya, persoalan yang membabitkan ikhtilat antara lelaki dan wanita adalah persoalan yang penting dalam rutin seorang Muslim. Ia melambangkan kemuliaan akhak Islam yang menghiasi perwatakan para penganutnya yang sekaligus mencerminkan kejernihan dakwah yang wujud pada peribadi para pendokong gerakan Islam itu sendiri. 

 

3)      Adab Taqdim/Khithbah Peminangan 

3.1      Konsep Khitbah (peminangan);Peminangan secara asasnya ialah proses pernyataan permintaan suatu pihak kepada pihak yang dimaksudkan dengan maksud berkahwin dengannya pada masa akan datang. Ia ibarat ikatan awal antara pasangan sebelum berlakunya akad. 

 

3.1.1   Takrif Khitbah Dan Taqdim;Secara umumnya, para ulama upamanya Imam Syafi`e dan para ulama Malikiah[79] menakrifkan khitbah dengan;  Permintaan nikah pihak yang ingin meminang dari pihak yang di pinang”[80]  yang disunnatkan[81]. Manakala “Taqdim” dalam aplikasi semasa ialah melamar, yang mana; “ pihak lelaki menyatakan hasrat peminangannya/perkahwinannya kepada pihak perempuan samaada dari dirinnya sendiri atau melalui wakilnya dengan cara yang “soreh” (terang-terangan) atau “kinayah” (kiasan).” 

Konsep peminangan, jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT ; “Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini) mereka dalam hatimu. Allah mengetahui kamu menyebut-nyebut mereka...” (surah Al-Baqarah : ayat 235) 

Sabda Rasulullah; 

اذا القى الله في قلب امرء أن يخطب امرأة فلا بأس ان ينظرإليه   (رواه أحمد وإبن ماجه)                                  “Apabila Allah telah menggerakkan hati seseorang lelaki untuk meminang seseorang wanita, tidak salahnya kalau dia melihat wanita itu.”[82] 

 

Sabdanya lagi; 

اذا خطب احدكم امرأة فان استطيع ان ينظر منها ما يدعوه الى نكاحها فليفعل  (رواه أحمد ,أبو دأود)“Apabila di antara kamu meminang wanita, jika dia dapat melihat apa yang menggerakkan sehingga dia mengahwininya,maka lakukanlah.”[83] 

 

3.2      Adab- Adab Dalam Proses (Khitbah) Peminangan; 

 

3.2.1   Adab-Adab Khatib (Yang Meminang); 

i-     Perbincangan/ Musyawarah;Sebelum mengambil keptusan mentaqdim/meminang mana-mana individu, Islam menganjurkan agar kita menyelidiki individu tersebut dengan kriteria yang telah di bahaskan sebelum ini melalui beberapa kaedah. Islam juga mengharuskan bagi pihak yang memberikan maklumat tersebut, menyatakan segala kebaikan dan keburukan yang kemungkinan ada pada individu yang dimaksudkan atas tujuan nasihat, manakala wajib bagi pihak yang diminta maklumat itu memberikan segala maklumat yang diperlukan juga di atas konsep “al-Din nasihah[84]. 

 

ii-    Istikharah;Nabi SAW dalam sebuah riwayat menerangkan;  

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال ; كان رسول الله  صلى الله عليه وسلم  يعلمنا الاستخارة في الأمور كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين دون الفريضة , فليقل “اللهم إني   أستخيرك  بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو قال عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي و بارك لي فيه وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو قال في عاجل أمري وآجله فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيث كان و أرضني به” قال ويسمي حاجته          Daripada Jabir Bin Abdullah RA katanya; “Pernah Rasulullah SAW mengajarkan kami Istikharah untuk banyak perkara sepertimana baginda mengajarkan kami surah daripada Al-Quran, katanya; “Apabila kamu gusar dengan sesuatu perkara, maka rukuklah (solatlah) dua raka`at selain dari yang Fardhu, dan berdoalah (selepasnya) ; ” Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk (pilihan) dengan keilmuanMU, dan aku memohon penilaianMu dengan kekuasaanMU, dan aku memohon dengan kelebihanMU yang Maha Agung, sesungguhnya Engkaulah yang lebih berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau lebih Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah yang Maha Mengetauhi segala yang ghaib. Ya Allah sesungguhnya jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya perkara ini baik untukku, agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku” atau sebutkanlah;- “Permulaan urusanku dan kesudahannya- maka taqdirkanlah ianya untukku, dan permudahkanlah ianya untukku, dan berkatilah ia untukku, dan sebaliknya jika Engkau mengetahui bahawa ianya urusan ini buruk bagiku, bagi agamaku, kehidupanku, dan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah iannya daripadaku, dan jauhkanlah aku darinya, dan taqdirkan kepadaku kebaikan di mana jua pun berada, dan redhailah aku dengannya” dan hendaklah ia menyebutkan hajatnya”[85]   (Diriwayatkan Oleh Bukhari,al-Tirmidhi, Abi Daud, Ibn Majah dan Ahmad) 

 

 

iii-   Tidak Meminang di atas pinangan orang lain;Islam juga melarang meminang wanita diatas pinangan orang lain. Sabda Nabi SAW: 

 

أن بن عمر رضي الله عنهما كان يقول نهى النبي  صلى الله عليه وسلم أن لا يبيع بعضكم على بيع بعض ولا يخطب الرجل على   خطبة  أخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطبDaripada Ibn `Umar RA, pernah berkata; “Nabi SAW pernah melarang menjual-bei diatas jual beli orang lain, dan tidak meminang serang lelaki di atas pinangan saudara (seagama) nya sehinggalah di tinggalkan yang meminang itu sebelumnya atau dia mengizinkannya”[86]              (Diriwaytakan Oleh Bukhari Dan Muslim) 

 

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa haram secara ijma’ menurut Imam al-Nawawi[87] meminang wanita yang berada dalam pinangan saudara seIslamnya yang lain lebih-lebih lagi apabila pihak yang di pinang itu, telah menerima pinangan pihak pertama dan dipersetujui pula oleh walinya[88]. Ia juga menunjukkan akhlak Islam menjauhi daripada berlakunya sebarang permusuhan antara kedua-dua belah pihak[89]. Walaubagaimana pun, sekiranya pihak yang pertama itu meningalkannya atau mengizinkannya, maka hukumnya kembali kepada keharusan yang asal. 

 

3.2.2- Adab-Adab Makhtubah (Yang dipinang); 

i-     Perbicangan/ Musyawarah;Individu (samaada Muslimin atau Muslimat) yang dipinang juga sewajarnya berbincangan, serta meminta nasihat dan pandangan daripada mereka-mereka yang berilmu dan berpengalaman. Di samping merisik peribadi pihak yang meminang, ia juga adalah sebagai nasihat dan pandangan golongan yang lebih arif. Kisah yang berlaku kepada Fatimah bin Qais yang telah dipinang secara serentak oleh dua orang sahabat iaitu Mu`awiyah bin Abi Sufyan dan Abi Jahmn yang terus menemui Rasulullah SAW bagi meminta pandangannya, wajar dijadikan pengajaran. Rasulullah SAW lalu menjawab; 

 

أما أبو جهم فلا يضع عصاه عن عاتقه, وأما معاوية فصعلوك لا مال له. إنكحي أسامة بن زيد.فكرهته. ثم قال: أنكحي أسامة بن زيد فنكحته فجعله الله فيه خيرا كتيرا, وأغتبطت به.“Adapun Abi Jahmi, tidak pernah mengangkat tongkatnya dari bahunya, dan adapun Mu`awiyah pula, dia akan menyusahkan kamu, tiada harta padanya. Kamu berkahwinlah dengan Usamah bin Zaid. Lalu dia (Fatimah) enggan. Kemudian baginda bersabda; : “Kamu berkahwinlah dengan Usamah bin Zaid, lalu dia (fatimah)  pun mengahwininya (Usamah), maka Allah Taala mengurniakannya kebaikan yang banyak dan dia (Fatimah) pun (akhirnya) sangat menyukai Usmah”.[90]  (Diriwayatkan Oleh Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa`ie, Abi Daud, Ibn Majah dan Ahmad ) 

 

ii-    Istikharah;Sebagaimana pihak yang ingin melamar/meminang seseorang di galakkan beristikharah, begitu juga individu yang dipinang samaada Muslimat atau Muslimin itu juga di galakkan beristikharah bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik . 

 

iii-   Menerima Atau Menolak;Adab yang seterusnya ialah ketikamana menerima atau menolak sesuatu pinangan. Bagi individu yang menerima banyak pinangan,  adalah wajib baginya menolak pinangan yang selain dari yang diterimanya, dengan baik dan penuh adab agar tidak meninggung perasaan pihak yang ditolak, khususnya bagi individu yang banyak menerima pinangan atau lamaran orang. Kisah Ummu Salamah yang thabit dari al-sunnah ini wajar dijadikan pengajaran. Setelah meninggal suaminya Abu Salamah, datanglah Umar al-Khattab meminangnya, lalu ditolak pinangannya, kemudian datang pula Abu Bakar meminangnya, juga ditolaknya. Akhirnya Rasulullah SAW meminangnya. Pada permulaannya dia tetap menolak pinangan Rasulullah SAW dengan alasannya tersendiri. Katanya; 

 

يا رسول الله إني إمرءة مسنة غيور و ذات عيال : فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما المسنة فأنا أسن منك, وأما الغيور فيذهب الله عنك, وأما العيال فإلى الله ورسوله.(رواه النسائي إبن حبان الطبرني البيهقي وأحمد)“Ya Rasulullah SAW, sesungguhnya aku ini perempuan yang sudah lanjut usia, kuat cemburu, dan aku mempunyai tanggungan keluargaku. Jawab Rasulullah SAW; “Adapun berkenaan usiamu yang telah lanjut itu, maka aku ini lebih tua darimu, manakala perasaan cemburumu, mudah-mudahan Allah menghilangkannya dan berkenaan tanggungan keluargamu serahkanlah kepada Allah dan Rasulnya”[91] 

 

3.2.3- Pihak Keluarga; Mempermudahkan pasangan yg baik.Nabi SAW menjelaskan; 

عن أبي هريرة قال قال رسول الله  صلى الله عليه وسلم  :إذا خطب إليكم من   ترضون دينه  وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض(رواه الترمذي والبيهقي والطبراني وإبن ماجة)Daripada Abi Hurairah RA, katanya; “Rasulullah SAW bersabda;   “Apabila seseorang meminang kepada sekelian kamu, seseorang yang kamu redhai agamanya, dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia jika tidak akan berlakulah fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang meluas”[92] 

 

3.3-     Beberapa Persepsi yang perlu diperbetulkan; 

 

3.3.1- Taqdim Sehala Sahaja;Islam menetapkan bahawa autoriti pemilihan atau membuat keputusan untuk memilih individu sebagai pasangan hidup kepada seorang perempuan sama sahaja dengan seorang lelaki. Bahkan terdapat beberapa pembahagian ulama dalam masalah ini yang menjelaskan situasinya yang sebenar. Pembahagian itu adalah sepertimana berikut; 

 

i-     Meminta (melamar) secara terang-terangan (soreh)[93];Islam juga membuka ruang kepada Muslimat bagi memulakan penyataan hasratnya kepada pihak Muslimin sebagaimana yang berlaku ke atas Rasulullah SAW. Imam Bukhari meriwayatkan;  

 

عن ثابت البناني قال كنت مع أنس وعنده ابنة له قال أنس ثم جاءت امرأة إلى رسول الله  صلى الله عليه وسلم  تعرض عليه نفسها قالت يا رسول الله ألك بي حاجة؟ فقالت بنت أنس  : ما أقل حياءها  واسوأتاه واسوأتاه قال هي خير منك رغبت في النبي  صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها                                   (رواه البخاري)Daripada Thabit al-Banany katanya;”Pernah suatu ketika aku bersama Anas, Dan bersamanya juga anak perempuannya. Kata Anas; “Datang seorang perempuan kepada Rasulullah S.A.W menawarkan dirinya kapada baginda, katanya; Wahai Rasulullah, adakah kamu berhajat kepadaku? Lalu anak perempuan Anas pun mencelah; “Alangkah tak malunya dia.., alangkah buruknya..” Kata ِAnas; “Dia lebih baik darimu, dia menghendaki Nabi Allah, lalu perempuan itu menawarkan dirinya kepada Rasulullah.[94] 

 

Kata Ibn Hajar al-`Asqalany; “Kata Ibn al-Munir:… ianya ini menunjukkan  harus seorang perempuan menawarkan (dirinya untuk dinikahi) kepada seorang lelaki yang soleh…”[95]                                 

ii-    Membuat keputusan; Pemilihan (menerima atau menolak)[96];Situasi yang kedua pula ialah dengan cara memilih atau membuat keputusan menerima mana-mana lamaran yang disukainya yang juga menunjukkan bahawa pihak Muslimat ini mempunyai hak yang sama dengan seorang lelaki dalam memilih atau menerima seseorang. Peristiwa di bawah menjelaskan situasi ini; 

a- Kisah Ummu Salamah; Telah di sebutkan sebelum daripada ini (sila rujuk m/s;30) 

b- Kisah Ummu Aban Binti `Atabah; Ummu Aban bint ‘Atabah (saudara Hindun) pernah menolak pinangan Umar al-Khattab dengan katanya; “Sesungguhya dia menutup pintunya (tidak endah), dan menahan kebaikannya, dan keluar serta masuk dalam keadaan bermasam muka..” [97] 

c- Ummi Kalthum Binti Abi Bakr; Begitu juga Ummu Kalthum Bint Abu Bakar tolak pinangan amir al-Mukminin apabila ditanya ‘Aisyah RA, katanya; “Adakah kamu mahukan Amirul Mukminin? (umar); Jawabnya: “Sesungguhnya dia seorang yang bengis, kasar terhadap perempuan..”[98] 

 

3.3.2- Menangguh-nangguh;Apa yang penting adalah sekurang-kurangnya setiap ahli usrah sudah mempunyai perancangan bait al-Muslimnya, ringkasnya sudah mempunyai calonnya yang juga berfikrah gerakan Islam yang baik bagi tujuan ini. Medan gerak kerja kampus adalah masa yang paling sesuai bagi tujuan itu kerana kesibukan tugas dan kerjaya nanti, adalah penghalang yang amat besar jika aspek ini di tangguh-tangguhkan.                 

3.3.3- Kebebasan Yang keterlaluan;Sheikh Muhammad `Uqlah menjelaskan Islam telah menetapkan beberapa syarat interaksi pasangan yang telah bertunang ini dengan beberapa adab yang cukup mulia sebagaimana berikut;                i)-        Tiada berlaku khulwah[99] antara keduanya.ii)        Tujuan pertemuan atau pandangan kedua-dua pasangan, yang baik untuk perkahwinan. Sebaliknya jika hanya semata-mata kerana suka-suka, maka hukumnya tetap kekal haram.iii)       Tujuan pandangan atau pertemuan adalah untuk perkenalan yang murni serta jauh (dari fitnah).iv)        Tiada perhiasan atau solekan yang keji  (tabarruj al-Jahiliyah) pada pihak perempuan.v)         Pandangan hanya terbatas kepada apa yang di haruskan untuk tujuan nikah iaitu muka dan tangan dan kakinya[100]. 

 

3.3.4-         Adab-Adab Kerahsiaan; 

اظهر النكاح واخفوا التخطبة

“Umumkanlan perkahwinan dan rahsiakanlah pinangan.” 

 

Dari ungkapan mulia baginda Nabi SAW ini, dapat kita memahami beberapa kemuliaan Islam yang memelihara hati dan perasaan sesama penganutnya dalam permasalahan ini; 

i-        Islam mengajar kita agar diwar-warkan pernikahan dengan majlis walimah dan yang seumpamanya dengan rasionalnya agar khalayak tahu bahawa pasangan terbabait sudah pun mendirikan rumah tangga.ii-      Islam juga mendidik agar dirahsiakan pertunangan agar tidak dihebahkan sebagaimana nikah juga dengan rasionalnya agar mana-mana pihak tidak akan mendapat malu sekiranya pertunangan tersebut gagal di tengah jalan atau ringkasnya terputus dengan apa-apa masalah.iii-     Memastikan hubungan ukhuwah Islamiyah tetap kukuh walaupun harapan pembinaan ikatan perkahwinan gagal dibina.iv-      Memeihara imej pasangan yang terputus ikatan pertunangannya terhadap individu lain yang bakal melamarnya


[1] Sayid Qutb (1985) Fi Zilal al-Quran, Dar al-Syuruf, Beirut, juz.5, hlm.2763.

[2] Al-Hakim Dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi. Kata al-Hakim ; “Sanadnya Sahih– Lihat; Abd `Azim `Abd al-Qawiy Ibn al-Mundhiri Abu Muhammad (1417H) al-Targhib Wa al-Tarhib, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut, juz3, hlm.29, No;Hadith;2950.

[3] Muhammad bin `Isa al-Tirmidhi al-Salami (t.t.) Sunan al-Tirmidhi, Dar Ihya‘ al-Turath, Beirut, juz. 4, hlm.184, Bab; Ma Ja a Fi al-Mujahid al-Makatib Wa al-Nakih Wa `Awn Allah Iyyahum, no.Hadith; 1655, Muhammad bin Yazid Abu Abdullah al-Qazwaini (t.t) Sunan Ibn Majah, Dar al-Fikr, Beirut,juz.2, hlm 841, Bab; al-Makatib, no.Hadith;2518, Ahmad bin Hanbal al-Syaibani (t.t) Musnad Ahmad, Muassasah Qurtubah, Misr, juz.2 hlm. 251, no.Hadith; 7410, Ahmad bin Musa bin`Ali al-Baihaqi (1994) Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Dar Ibn al-Baz, Makkah al-Mukarramah, juz.10, hlm.318, no.Hadith; 21401. Ahmad bin Syu`aib Abu Abd Rahman al-Nasa`ie (1986) Sunan al-Nasa`ie, Maktabah al-Matbu`at al-Islamiyah, Halb, juz.6, hlm.15, Bab; Fadl al-Rauhah Fi Sabil Allah, no.Hadith; 3120.

[4] Muhammad bin Ismail bin Abu Abdullah al-Ja’fi al-Bukhari (1987) Sahih al-Bukhari, Beirut; Dar Ibn Kathir al-Yamamah, Juz.2, hlm.673, Bab; al-Sawm Liman Yakhaf `Alayh alGharubah, no.Hadith;1806, Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn al-Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (t.t) Sahih Muslim, Dar Ihya‘ al-Turath, juz.2, hlm.1019, Kitab; al-Nikah, no.Hadith; 1400, Ibn Majah, op.Cit, juz.1, hlm.592, Bab; Ma Ja a Fi Fad al-Nikah, no.Hadith; 1845, al-Tirmidhi, op.Cit, juz. 3, hlm.392, Bab; Ma Ja aFi Fad al-Tazwij Wa al-Hath `Alayh, no.Hadith; 1081, Sulaiman bin al-Ash`ath Abu Daud al-Sajistani al-Adhdiy (t.t) Sunan Abi Daud, Dar al-Fikr, Juz.2, hlm.219, Bab; al-Tahrid `Ala al-Nikah, no.Hadith; 2046,  al-Nasa`ie, op.Cit, juz. 4, hlm.170, no.hadith 2240,  Abdullah bin Abdul Rahman al-Darimi (1407H) Sunan al-Darimi, Dar al-kitab al-`Arabi, Beirut, juz. 2, hlm.177. bab;al-Hath `Ala al-Tazwij, no.Hadith; 2165.

[5] Abi Daud, op.Cit, Juz. 2, hlm. 220, Bab; al-Nahy `An al-Tazjij Man Lam Yulad Min al-Nisa ,No.Hadith; 2050.

[6] Yusuf al-Qaradawi  (Dr.)(2000) Madkhal Li Ma’rifat al-Islam (Terj; Muhd Zaini Yahya), As-Syabab Media, Selangor D.Ehsan, Ctkn 1,hlm.358.

[7] `Abd Karim Zaidan (DR.) (1994) Al-Mufassal Fi Ahkam al-Mar’ah Wa Bait al-Muslim, Mussasah al-Risalah, Beirut, ctkn 3, juz 6, hlm.43.

[8] Muhammad bin Ismail bin Abu Abdullah al-Ja’fi al-Bukhari (1987) Sahih al-Bukhari, Beirut; Dar Ibn Kathir al-Yamamah, Juz. 5, hlm.1957. No Hadith; 4806.

[9]Op.Cit, hlm. 44.

[10] Ibn Majah, op.Cit,  Juz 1, Hlm.596., No.Hadith;1855

[11] `Abd Karim Zaidan, op.Cit, al-Mufassal Fi Ahkam al-Mara’h Wa Bait al-Muslim, hlm. 45

[12] Ibn Majah, op.Cit, Jld 1 hlm.596. No.Hadith;1857.

[13] `Abd Karim Zaidan, op.Cit.hlm. 45.

[14] Sunan Ibn.Majah, op.Cit, Juz.1, hlm. 596. No.Hadith;1856 , `Abd Karim Zaidan, op.Cit. Juz  1. hlm.596.

[15] Op.Cit, hlm. 46

[16] Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar Abu al-Fadl al-`Asqalani al-Syafi`ie (1379H) Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut; Dar al-Ma’rifah. Juz.9. hlm.136.

[17] Ibid, hlm. 134.

[18] Ibn Majah.Op.Cit, juz.1, hlm.597, No; Hadith;1859. beliau merafakkannya.

[19] `Abd Karim Zaidan, op.Cit, al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah Wa Bait al-Muslim, hlm. 48.

[20] Bukhari, op.Cit, juz.4, hlm.1489, no.Hadith;3826, Muslim, op.Cit, juz.2,hlm.1089, no.Hadith; 715.

[21] `Abd Karim Zaidan, Op.Cit. hlm. 50.

[22] Sulaiman bin al-Ash`ath Abu Daud al-Sajistani al-Adhdiy (t.t) Sunan Abi Daud, Dar al-Fikr, Juz. 2, hlm. 220, Bab; al-Nahy `An al-Tazjij Man Lam Yulad Min al-Nisa’ ,NoHadith; 2050.

[23] Op.Cit, hlm. 51.

[24] Ibn al-Athir, al-Nihayah Fi Gharib al-Hadith, juz 1, hlm. 381.

[25] Ibn Hajar al-‘Asqalany, op.Cit. juz.9, hlm.135.

[26] `Abd Karim Zaidan, op.Cit, hlm. 52.

[27] Ahmad.Op.Cit, juz.2, hlm.449, no.Hadith;9796, Lihat juga-.Ibn Hajar al-`Asqalany, op.Cit, juz 9,hlm. 512.

[28] `Abd Karim Zaidan, op.Cit, hlm. 53.

[29] Mustafa al-Khinn, Dr. Mustafa al-Bugha, `Ali al-Syarbaji (2003) Fiqh al-Minhaji `Ala Madhahib Imam al-Syafi`ie, Dar al-Qalam, Dimasyq. Ctkn.5. hlm;12.

[30] Ahmad Ibn `Ali Ibn Hajar Abu al-Fadhl al-`Asqalani (1964) Talkhis al-Hubayr, t.t.p, Madinah al-Munawwarah, juz. 3, hlm.146. Kata Ibn Solah; “Aku mendapati bagi hadith ini sumber asalnya yang muktamad”.

[31] Abd Karim Zaidan, op.Cit.

[32] Mustafa al-Khinn, Dr. Mustafa al-Bugha, `Ali al-Syarbajy. Op.Cit, Juz.2.hlm.39.

[33] Ibid.

[34] Ibid.

[35] Muhammad bin`Ali bin Muhammad al-Shawkani (2003) Nayl al-Awtar Sharh al-Muntaqa al-Akhbar Min Ahadith Sayd al-Akhyar., Dar al-Wafa‘, Beirut, ctkn 2, Juz 4, hlm.446.

[36] Sulaiman al-Ash`ath, op.Cit, juz.2, hlm.126, no.Hadith; 1664.

[37] Yusuf al-Qaradawi (Dr.) (2002) Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nanshuduhu (Terj; Muhammad Baihaqi), Al-Hidayah Publisher. Kuala Lumpur, hlm. 140.

[38] Muhammad `Uqlah (Dr.) (2000) Nizam al-Usrah Fi al-Islam, Maktabah al-Risalah al-Hadithah, Jordan, ctkn 2, Juz.2, hlm. 61.

[39] Ibid, hlm. 61-75.

[40] Al-Qaradawi, op.Cit, Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nanshuduhu. hlm 141.

[41] Sahih Muslim, op.Cit, Kitab Solah Al-`Aidayn, juz.2, hm. 602, no Hadith 823.

[42] Al-Qaradawi, op.Cit. hlm.143.

[43] Ibid, hlm. 144.

[44]Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shawkani (1973) Nail al-Awtar, Beirut; Dar al-Jayl, Juz 3, hlm. 375.

[45] Al-Qaradawi, op.Cit, hlm. 145.

[46] Lihat-Sahih Bukhari, op.Cit, KItab al-`Ilm, Bab; Hal Yaj`al Li al-Nisa‘ Yawmun `ala Hiddatin Fi al-`Ilm, Juz.1, hlm.50.

[47] Lihat Sahih Muslim, Bab; Ghuzwat al-Nisa‘ Ma`a al-Rijal. No . Hadith;1443.

[48] Ibid, Bab; al-Nisa‘ al-Ghazayat Yurdikh lahunn Wala Tusham wa al-Nahy `An al-Qatl al-Sibyan Ahl al-Hirb. Juz. 3, hlm.1447, No.Hadith;1812.

[49] Al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nanshuduhu op.Cit.150.

[50] Lihat Surah Al-Qasas; Ayat 23-26.

[51] Lihat Surah Ali `Imran; Ayat 37

[52] Lihat Surah Al-Naml; Ayat 32-34 & 42-44.

[53] Lihat Surah al-Nur ; Ayat 31.

[54] Lihat Surah al-Ahzab; Ayat 21.

[55] Lihat Surah al-Nur; Ayat 31.

[56] Al-Qaradawi, op.Cit, hlm. 194-195.

[57] Lihat- Majmu’ al-Rasail al-Imam Hasan al-Banna, op.Cit, hlm.400.

[58] Al-Hakim, op.Cit, juz. 2, hlm.212, no.Hadith; 2788, al-Tirmidhi, op.Cit, juz.5, hm. 101, bab; Ma Ja`a Fi al-Nazrat al-Mufaja’ah, no.Hadith; 2776. Abu Daud, op.Cit, juz. 2, hlm.246, Bab; Ma Yu’mar Bihi Min Ghadd al-Basar, no.Hadith; 2149, al-Baihaqi, op.Cit, juz. 7, hlm.90, Bab; Tahrim al-Nazar Ila al-Ajnabiyat, no.Hadith; 13293 dan Ahmad, op.Cit, juz. 1, hlm. 59, no.Hadith;1369.

[59] Muhammad bin Abdullah al-Hakim al-Naisabur (1990) Mustadrak `Ala al-Sahihayn, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut, juz.4, hlm.349, no. Hadith; 7875, Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub al-Tabarani (1983) Mu’jam al-Kabir, Maktabh al-`Ulum Wa al-Hikam, al-Mawsul, juz.10, ctkn 2, hlm. 173, no.Hadith; 10362.

[60] `Abd al-Qadir & Ahmad `Ata’ (1993) Hadha Halal Wa Hadha Haram, Dar al-Fadilah, Qaherah, hlm.166.

[61]Ismail bin`Amru bin Ibn Kathir al-Dimasyqi (1401H) Tafsir al-Quran al-`Azim, Dar al-Fikr, Beirut,  juz.3, hm.519.

[62] Ibid.

[63] Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh Al-Qurtubi (1372H) Tafsir al-Qurtubi, Dar al-Sya’b, Qaherah juz.14, hlm.243.-Lihat juga Muhammad `Ali al-Sabuni (1998) Tafsir Ayat al-Ahkam, Dar al-Kutub al-`Imiyah, Beirut, juz.4, hlm.50.

[64] Ibn Kathir, op.Cit, Jld. 3, hlm. 483.

[65] Al-Qurtubi, op.Cit, juz.14, hlm.177.

[66] Sayid Qutb, op.Cit, juz.5, hlm.2859.

[67]Ibn Kathir, op.Cit, Jld 2, hlm.284.

[68] Ibid.

[69] Ibid.

[70] Muslim, op.Cit, juz.3, hlm.1680, bab; al-Nisa‘ al-Kasiyat al-`ariyat al-Mailat al-Mumilat, No Hadith; 2128, Musnad Ahmad, op.Cit, juz.2, hlm. 355, No; Hadith; 8650,9678 dan Malik bin Ans Abu Abdulah al-Asbahy (t.t.) Muwatta‘, Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, Misr, juz2, hlm.913.; no; Hadith; 1626.

[71] Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-Tabarani (1983) Mu’jam al-Kabir, Maktabah al-`Ulum Wa al-Hikam, al-Muwassal, ctkn.2, juz. 8 , hlm. 205, no.Hadith;7830.

[72] Musnad Ahmad, op.Cit, juz 3, hlm.339. Makna yang sama juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Sahih Bukhari, op.Cit, juz.5, hlm.2005, No.Hadith; 4935  dan Sahih Muslim, op.Cit, juz.2, hlm.978.No.Hadith;

[73] Al-Syawkani, Op.Cit. hlm.425.

[74] Ibid.

[75] Ibid.

[76] Al-Tirmidhi, op.Cit, juz.5, hlm.102, no.Hadith; 2778.Kata Abu `Isa; “Hadith ini Hasan Sahih

[77] Bukhari, op.Cit, juz.5, hm. 1959, no.Hadith; 4808, Muslim, op.Cit, juz.4, hm.2097, no.Hadith;2047.

[78] Muhammad Abd Rahman Ibn Abd Rahim al-Mubarakfuri (t.t) Tuhfat al-Ahwadhi Sharah Sunan al-Tirmidhi, Beirut; Dar al-kutub al-`Ilmiyah, Juz. 7, hlm;53.

[79] Al-Shawkani, op.Cit, hlm. 58.-Lihat juga Ibn al-Athir, al Nihayah, Juz.2, hlm. 45, Mu’jam al-Wasit, op.Cit.Juz 1, hlm. 242, Mughny al-Muhtaj Fi Fiqh al-Shafi`eyah, Juz.3, hlm. 135.

[80]  Mustafa al-Khinn, Dr. Mustafa al-Bugha, `Ali al-Syarbajy. Op.Cit, Juz.2.Hlm.46.

[81] Al-Shawkani, Op.Cit.

[82] Ahmad, op.Cit, Jld. 4, No.Hadith; 225, Ibn Majah, op.Cit, no.Hadith; 1864. Dan di Dalam al-Zawaid di nyatakan; “Di dalam Isnadnya ada seorang perawi bernama Hajjaj, iaitu Ibn Artah al-Kufi;  Dhaif dan serang yang mudallas”

[83] Ahmad, op.Cit, Jld 3,hlm. 334 No. Hadith; 14626, Muhammad Shams al-Haq al-`Azim Abady (1415H) `Auw al-Ma’bud Sharh Sunan Abi Daud ,Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut, ctkn 2, juz.6, hlm.68.

[84] Abdullah bin `Ady bin Abdullah al-Jurjani (1988) al-Kamil Fi al-Dhu`afa‘ al-Rijal, Dar al-Fikr, Beirut, ctkn 3, juz2, hlm.393, -Lihat Abd Karim Zaidan, Ahkam al-Mar’ah Wa Bait al-Muslim, op.Cit, hlm.59.

[85] Bukhari, op.Cit, ,Juz.5, hlm.2345. Bab; Ma Ja`a Fi Tatawwu’ Mathna Mathna No.Hadith;6019, Tirmidhi juz.2,hlm.345,no.Hadith;480, Bab; Ma Jaa Fi solah al-Istikharah,  480, al-Nasaie,op.Cit , Kitab al-NIkah No. Hadith; 3253, Abu Daud,op.Cit. juz.2, hlm.89, Kitab al-Solah; Bab; Fi al-Istikharah No Hadith; 1538, Ibn. Majah, Op.Cit, juz.1, hlm. 440, Kitab Iqamah al-Solah Wa al-Sunnah Fi ha, No. Hadith; 1383, Ahmad, Op.Cit, juz.3, hlm.344,No. Hadith; 14748.

[86] Bukhari, op.Cit, Kitab; La Yakhtubu `Ala Khitbati Akhihi, Juz.5, hlm.1975, No;Hadith;4848 , Muslim, op.Cit, Juz. 9, hlm. 197.

[87] `Abd Karim Zaidan, Op.Cit, hlm. 67.-Lihat Juga al-Shawkani, Nayl al-Awtar, Op.Cit, hlm.419.

[88] Ibid.

[89] Ibid.

[90] Lihat- `Auwn al-Ma’bud  Sharh Sunan Abi Daud, Juz. 6, hlm. 379-380.Ahmad, op.Cit juz.2, No.Hadith;412, Muslim, op.Cit, Bab; al-Mutallaqah Thalathan La Nafq Laha, juz.2, hlm.1114, No.Hadith;1480, al-Tirmidhi, op.Cit, Bab;An La Yakhtubu al-Rajulu `Ala Khitbah Akhihi, juz. 3, hlm. 440, No.Hadith; 1134, Ahmad bin Syu`aib al-Nasaie (1986) Sunan al-Nasaie, Maktabah al-Matbu`at al-Islamiyah, Halb, ctkn 2, juz.5, hlm.75.Bab; Iza Istisyarat al-Mar`ah al-Rajul Fi Man Yakhtubuha Hal Yukhbiruha Bi Ma Ya’lam,  No.Hadith; 3245, Ibn. Majah, op.Cit, juz No.Hadith; 1869.

[91] Ibn Hibban, op.Cit, juz. 9, hlm. 372, no.Hadith; 4065, Ahmad bin Husin bin `Ali bin Musa al-Baihaqi (1994) Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Maktabah Dar al-Bar, Makkah a-Mukarramah, juz. 7, hlm.301, Bab; al-Hal al-Ladhi Yakhtafif Fi Ha Hal al-Nisa‘, no.Hadith; 14537, Ahmad, op.Cit, juz.4, hlm.24, al-Tabarani, op.Cit, juz.23, hlm.273, no.Hadith; 585,  al-Nasaie, op.Cit, juz.5, hlm. 293, bab; al-Qism al-Qism Li al-Nisa‘, no.Hadith; 8926.

[92] Al-Tirmidhi, op.Cit, juz.3, hlm.394, bab;Iza Ja A Man Tardawna Dinahu Fazawwijuh, no.Hadith; 1084, al-Baihaqi, op.Cit, juz.7, hlm.82, bab; Istihbab Fi  al-Tazwij Man Dhi al-Din Wa al-Khuluq Wa al-Murdy, no.Hadith; 13259, al-Tabarani, op.Cit, juz. 7, hlm.131, no.Hadith;7074, Lihat juga- al-Suyuti, Abd al-Ghani, Fakh al-Din al-Dahlawi (t.t) Syarh Sunan Ibn.Majah, Qudaimi Kutub Khanah, Kiratishi, juz.1, hlm.141, no.Hadith;1967.

[93] Ibid.

[94] Bukhari, op.Cit, Jld.5, hlm.1967, No.Hadith; 4828.

[95] Ibn. Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, op.Cit, juz.9, hlm. 175, no.Hadith;4827.

[96] Dr. Muhammad `Uqlah, op.Cit.

[97] Ibid.

[98] Muhammad bin Jarir al-Tabari (1407H) Tarikh al-Tabari, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, Beirut,ctkn1, juz. 2, hlm. 564.

[99] Berdua-duaan di tempat yang sunyi.

[100] Muhammad `Uqlah. Op.Cit,hlm.107-108.